Monday, 29 June 2015

Laporan Ihya Ramadan (Zon Selatan) 2015



LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADAN (ZON SELATAN) 2015

28HB JUN 2015

3.30 PETANG HINGGA 8.00 MALAM

MASJID SULTAN ABDUL HALIM, TAMAN RIA JAYA

SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

ANJURAN : UNIT KEROHANIAN, KDA



1.  PENDAHULUAN
     
Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt, akhirnya program ini dalam dilaksanakan dengan baik dan teratur. Memberi pengetahuan dalam hidup beragama Islam merupakan satu usaha yang berterusan dan konsisten oleh persatuan ini agar dapat membentuk dan mendekatkan jiwa orang pekak tentang pentingnya memelihara akidah dan ibadah sebagai seorang muslim yang di cintai Allah swt.

2.  OBJEKTIF

  • Melahirkan warga Pekak Islam yang beriman kepada Allah swt dengan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
  • Melahirkan satu penyelarasan idea dan pendekatan dakwah dalam menangani permasalahan semasa di kalangan warga Pekak Islam.
  • Membantu warga Pekak  Islam yang mempunyai kemuskilan dalam hal agama.
  • Melahiran warga Pekak Islam yang memiliki sahasiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajar islam khususnya di dalam Ramadhan Al-mubarak.
  • Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jenis serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.  JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat
: En. Mohamad Mohayadin Bin Mia Abdullah
Pengurusi Program
: En. Azizi Bin Ramli
Setiausaha
: En. Azlan Bin Awang
Bendahari
: En. Harfizi Bin Bahari
AJK
: Puan Suriati Bt Mohd Shukor
Urusetia

: Cik Siti Nur Ain Bt Kamaruddin
Jemputan dan Protokol

: Puan Azizah Bt Shaari
Seranta

: En. Mohd Naser Bin Ibrahim
Sambutan

: Zainal Fitri Bin Idris
Jurubahasa Isyarat

: En. Harfizi Bin Bahari
Cenderamata

: En. Mohd Ridzuan Bin Mad Idris
Penyajian

: En. Nazri Bin Puteh
Peangkutan

: En. Mohamad Fazli Bin Nodzmi
Percetakan

: Puan Zarina Bt Ahmad
Persembahan

4.  PELAKSANAAN PROGRAM

Ahli jawatankuasa kecil program Ihya Ramadan (Zon Selatan) 2015, bertolak dari Persatuan Orang Pekak Kedah pada pukul 1.30 petang dengan menggunakan 3 buah kereta. Kami sampai ke tempat program lebih kurang jam 2.45 petang. Sebahagian ajk memasang banner di hadapan masjid dan menyediakan tempat pendaftaran. Manakala sebahagian lagi menunaikan solat dan ajk bekerja secara bergilir-gilir.


Pendaftaran di buka pada pukul 3.30 petang. Peserta mula datang sedikit demi sedikit dan ajk serta staf Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA) merupakan peserta terawal yang hadir ke program ini. 


Ustaz Murtadha dari unit dakwah dan penerangan, pejabat Agama Daerah Kuala Muda memberikan ceramah yang bertajuk puasa yang diterima Allah dengan bantuan jurubahasa, Puan Asma Nurul Ain Bt Salim dari PDA. Slot ceramah dipendekkan kerana ustaz mempunyai ceramah di tempat yang lain pula. Semoga Allah mempertemukan kita lagi di masa yang akan datang.

Bagi memenuhi masa untuk slot ke 2, ajk menjemput setiausaha masjid ini, Tuan Haji Yusof untuk menjawab soalan-soalan berkaitan muslim sejati dari peserta. Dan ajk juga menjemput En. Wan Mohd Ali, setiausaha Kelab Islam Pulau Pinang untuk memberikan sedikit taklimat.

Pada masa yang sama, bagi orang pekak yang mahu membayar zakat dibawa kepada amil masjid bagi tujuan tersebut juga dengan bantuan jurubahasa.


Dari kanan : En. Muhammad Fazli Nozmi (Tim. Presiden KDA II), En. Wan Mohd Ali (Setiausaha KOPI PDA), Cikgu Haji Yusoff (Setiausaha Masjid), Tuan Haji Fadhil (Tim. Pengerusi Masjid), En. Mohayadin (Presiden KDA), En Azizi Ramli (Pengerusi Program) dan En Azlan (Setiausaha KDA)

Tepat pukul 6.30 petang, majlis perasmian pembukaan program Ihya Ramadan (Zon Selatan) 2015 dimulakan. Puan Azizah Bt Shaari membuka majlis dengan Ummul Kitab.




Jemputan persembahan dari Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani. Adik Ummi membaca surah Al-Fatihah dengan kaedah FAKEH dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Bin Ahmad.


Persembahan nasyid bertajuk "puji-pujian" dipersembahkan oleh murid-murid masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.


Pemberian saguhati kepada pihak Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.


Cendera kenangan diberikan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Halim di atas sumbangan tempat dan makanan berbuka puasa. AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ajk masjid dalam merealisasikan impian kami. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.



5.  PENUTUP

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga kerjasama yang diberikan ini, mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah memberkati program ini.


Sekian.

ADMIN




Monday, 22 June 2015

Penyerahan Sumbangan Kepada Roziah dan Keluarga

24hb Mei 2015, berlaku kebakaran di sebuah rumah yang didiami sepasang suami isteri, anak-anak dan ibu mereka di perkampungan daerah Langkawi.




En. Mohayadin (Presiden KDA) berkesempatan menziarahi keluarga mangsa dan akan berusaha membantu mereka. Melalui medium whatsapp... presiden meminta ajk mengutip derma kilat dalam membantu mangsa kebakaran ini.




Alhamdulillah... pada hari ini, tuan presiden telah menyampaikan hasil kutipan sumbangan dari orang pekak untuk keluarga ini. Terima kasih juga buat ketua kampung yang berusaha membantu pasangan ini termasuk pihak yang membantu menyiapkan rumah yang baru. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.


Friday, 12 June 2015

Bengkel Permukiman Majlis Kebajikan Negeri Kedah


En. Mohayadin bin Mia Abdullah (Presiden KDA) bersama Puan Suriati bt Mohd Shukor (Jurubahasa Isyarat) telah dijemput oleh Majlis Kebajikan Negeri Kedah ke Bengkel Permukiman di Regency Hotel yang terletak di puncak Gunung Jerai.


Objektif bengkel ini adalah untuk merancang dan merangka program 2015 bagi MKNK. Bengkel ini dibahagikan kepada 5 teras. Kami dipilih untuk duduk di teras pendidikan. Hasil dari perbincangan kumpulan, kami bersetuju untuk membuat program pendidikan kesihatan di kawasan Pendang.


Alhamdulillah... kami berkesempatan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin NGO yang lain di bengkel ini. Kami dapat berkongsi pengalaman dan pendapat tentang memajukan pertubuhan masing-masing.




Semoga ukhwan yang terjalin ini akan berterusan hingga akhir hayat.. Aameen..



Friday, 29 May 2015

Jemputan ke Majlis Makan Malam MAKPEM


Ucapan perasmian oleh Menteri Besar kami yang disayangi, YAB Dato' Seri Mukhriz bin Tun Mahathir


En. Azlan Awang (Setiausaha) dan En Harfizi Bahari (Bendahari) mewakili KDA me majlis ini.


Keberangkatan pulang Dato' Seri

Sunday, 24 May 2015

Penyediaan Makanan Barat



Pada 24hb Mei 2015, seramai 10 wanita pekak telah datang ke KDA bagi mempelajari cara penyediaan makanan barat. Puan Suriati bt. Mohd Shukor selaku pengajar dan dibantu oleh Cik Siti Nur Ain bt Kamaruddin merupakan pemegang sijil Hotel Katering di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.






Kelas masakan barat ini didedahkan kepada ahli wanita Pekak Kedah kerana akan adanya pertandingan memasak masakan barat secara berprestij selepas sambutan hari raya nanti.

Sunday, 10 May 2015

Pameran : Bulan Cakap dan Dengar


Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar telah menganjurkan "Bulan Dengar dan Cakap 2015" pada 10hb Mei 2015.

Persatuan kami dijemput untuk menyertai pameran yang disediakan di lobi hospital.





Thursday, 23 April 2015

Majlis Perasmian Hari Buku Dan HakCipta Sedunia


Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menjemput ahli persatuan ke Majlis Perasmian Hari Buku dan Hakcipta bagi tahun 2015. Seramai 12 orang ahli persatuan ini pergi ke majlis tersebut. Mereka menerima saguhati dari pihak penganjur berbentuk sebuah buku sebagai tanda kenangan.


Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aminuddin Bin Omar, Exco Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.