1.
PENDAHULUAN
Laporan ini bertujuan untuk membentangkan Program
Sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Keluarga Persatuan Orang Pekak Kedah yang
telah dilaksanakan oleh Unit Belia Pekak Kedah dengan kerjasama Jabatan
Hospitaliti dan Pelancongan, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis Indera
Kayangan serta perbelanjaan yang telah dibuat bagi menjayakan program berkenaan.
Program mega ini dihoskan oleh Unit Belia Pekak Kedah matlamat
untuk mencapai objektif yang telah digariskan iaitu:-
i.
Menjadikan warga Pekak memahami kepelbagaian
budaya dan memupuk semangat perpaduan yang tinggi melalui aktiviti yang
dijalankan;
ii.
Membuktikan kewujudan semangat yang tinggi dalam
kalangan ahli persatuan dan;
iii.
Membina semangat cintakan negara melalui aktiviti
yang dianjurkan.
2.
PENYERTAAN
Penyertaan program ini dibuka penyertaannya kepada semua
ahli Persatuan Orang Pekak Kedah dan Anak-anak kepada Ibu Bapa Pekak (CODA).
Sambutan yang diterima terhadap penganjuran program ini adalah memuaskan dengan
penyertaan seramai 100 ahli dan 50 pelajar khas termasuk pensyarah dari
politeknik bertindak sebagai sukarelawan dan ianya mencapai sasaran yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur.
3.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Program sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Keluarga
Persatuan Orang Pekak Kedah telah diadakan pada 06hb Mac 2015 (Jumaat). Para
peserta mula berkumpul di tanah lapang Halaman Rumah Tok Su bersebelahan tempat
pakir kenderaan awam Wisma Darul Aman seawal 7.30 pagi. Sesi pendaftaran dibuka
pada pukul 8.00 pagi diselia oleh ahli jawatankuasa pengelola program. Peserta
dibekalkan sebotol air mineral dan sebungkus roti krim bagi setiap seorang
untuk sarapan pagi. Syarikat Roti Suria telah memberikan sumbangan sebayak 150
buku roti untuk penganjuran majlis ini.
Rombongan pelajar khas PTSS tiba pada pukul
8.30 akibat masalah teknikal. Segala peralatan teknikal bagi penganjuran
program dibawa oleh pelajar khas politeknik. Sejurus ketibaan mereka, sesi
taklimat dan aturaca program bermula. Cik Nur Hidayah Bt Hassan, Pensyarah
bertindak sebagai ko-odinator program dibantu oleh Puan Nor Haslynda Bt Amat
Kamisan, pembantu pensyarah.
Bagi memulakan program, sukarelawan pelajar
khas PTSS mengambil alih tugas mengendalikan Hari Keluarga Persatuan Orang
Pekak Kedah. Acara di mulakan dengan senaman pagi bagi memanaskan badan.
Kemudia peserta Pekak dewasa dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap peserta
dipakaikan reben mengikut warna kumpulan. Ahli Coda yang berumur di bawa ke
astaka untuk aktiviti mewarna.
Kumpulan dewasa Pekak mempunyai 10 acara
manakala Coda 4 acara sahaja. Antara acara pertandingan sukaneka bagi dewasa
Pekak ialah :-
i.
Oh! Belon ku meletop.
ii.
Kelapa bowling.
iii.
Cari gula-gula dalam tepung.
iv.
Lambong belon air.
v.
Lari ping-pong bersudu.
vi.
Isi air dalam botol.
vii.
Tembikai Warrior
viii.
Cucuk benang dalam jarum
ix.
Gusti Lengan
x.
Fesyen Surat Khabar
xi.
Pertandingan tarik tali
xii.
Sapa tak sayang bini ooiii...
Manakala acara bagi Coda adalah seperti
berikut :-
i.
Pertandingan mewarna.
ii.
Cari gula-gula dalam tepung.
iii.
Lari ping-pong bersudu.
iv.
Isi air dalam botol.
Sepanjang aktiviti dijalankan, kerjasama erat
dari ahli kumpulan tidak mengira kaum mengembeling tenaga bagi memastikan
kemenangan berpihak kepada kumpulan mereka.
Selesai kesemua acara, jam menunjukkan hampir
pukul 12.30 tengahari. Semua peserta bergerak ke astaka untuk Majlis perasmian
Tahun Baru Cina dan Hari Keluarga Persatuan Orang Pekak, 2015 serta penyerahan
hadiah kepada pemenang dan cabutan bertuah.
Pengerusi program, Cik Tan Chiau Wen
memberikan ucapan ringkas sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sumbangan angpow
diberikan kepada Coda dan majlis di serikan lagi dengan cara menggaul Yee Sang
oleh AJK KDA dan Pensyarah PTSS. Buah lokam diberikan kepada semua yang hadir.
Seterusnya, En. Mohamad Mohayadin Bin Mia
Abdullah, Presiden Persatuan Orang Pekak Negeri Kedah telah memberikan ucapan.
Antara ucapan beliau, mengucapkan syabas kepada Unit Belia Pekak Kedah yang
berjaya menganjurkan majlis ini dan disokong kuat oleh pensyarah dan pelajar
khas Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kerjasama yang jitu dari kedua belah
pihak memberikan kejayaan yang memberangsangkan. Diharap penganjuran program
ini akan terus mendapat sokongan dari pihak PTSS.
Presiden KDA telah merasmikan program Tahun
Baru Cina dan Hari Keluarga KDA 2015. Majlis penyampaian hadiah diteruskan dan
diakhiri dengan mengambil gambar sebagai kenangan. Sebelum bergerak pulak
setiap peserta dibekalkan dengan makanan tengahari nasi tomato, ayam masak
merah dan acar timun serta air sirap. Makan tengahari dimasak oleh pelajar
Diploma Hotel Katering, PTSS. Semua peserta pulang dengan wajah yang
berseri-seri. In shaa Allah tahun hadapan kita akan bertemu lagi.
4.
PENUTUP
Kesimpulannya,
program sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Keluarga Persatuan Prang Pekak Kedah dapat
memberi peluang kepada ahli jawatankuasa merasakan pengalaman baru
menguruskan dua program besar secara serentak dan peserta dapat dapat
menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin dan berkerjasama tidak mengira kaum
dan agama. Para peserta juga berjaya menjaga nama baik KDA dan sekaligus
dapat menaikkan nama KDA . Diharap agar program seumpama ini dapat
dijalankan lagi pada tahun yang akan datang. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan program ini.