LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADAN (ZON SELATAN) 2015
28HB JUN 2015
3.30 PETANG HINGGA 8.00 MALAM
MASJID SULTAN ABDUL HALIM, TAMAN RIA JAYA
SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
ANJURAN : UNIT KEROHANIAN, KDA
1. PENDAHULUAN
Alhamdulillah.. dengan izin Allah swt, akhirnya program ini dalam dilaksanakan dengan baik dan teratur. Memberi pengetahuan dalam hidup beragama Islam merupakan satu usaha yang berterusan dan konsisten oleh persatuan ini agar dapat membentuk dan mendekatkan jiwa orang pekak tentang pentingnya memelihara akidah dan ibadah sebagai seorang muslim yang di cintai Allah swt.
2. OBJEKTIF
- Melahirkan warga Pekak Islam yang beriman kepada Allah swt dengan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
- Melahirkan satu penyelarasan idea dan pendekatan dakwah dalam menangani permasalahan semasa di kalangan warga Pekak Islam.
- Membantu warga Pekak Islam yang mempunyai kemuskilan dalam hal agama.
- Melahiran warga Pekak Islam yang memiliki sahasiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajar islam khususnya di dalam Ramadhan Al-mubarak.
- Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jenis serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3. JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat
|
: En. Mohamad
Mohayadin Bin Mia Abdullah
|
|
Pengurusi Program
|
: En. Azizi Bin
Ramli
|
|
Setiausaha
|
: En. Azlan Bin
Awang
|
|
Bendahari
|
: En. Harfizi
Bin Bahari
|
|
AJK
|
: Puan Suriati
Bt Mohd Shukor
|
Urusetia
|
|
: Cik Siti Nur
Ain Bt Kamaruddin
|
Jemputan dan Protokol
|
|
: Puan Azizah
Bt Shaari
|
Seranta
|
|
: En. Mohd
Naser Bin Ibrahim
|
Sambutan
|
|
: Zainal Fitri
Bin Idris
|
Jurubahasa Isyarat
|
|
: En. Harfizi
Bin Bahari
|
Cenderamata
|
|
: En. Mohd
Ridzuan Bin Mad Idris
|
Penyajian
|
|
: En. Nazri Bin
Puteh
|
Peangkutan
|
|
: En. Mohamad
Fazli Bin Nodzmi
|
Percetakan
|
|
: Puan Zarina
Bt Ahmad
|
Persembahan
|
4. PELAKSANAAN PROGRAM
Ahli jawatankuasa kecil program Ihya Ramadan (Zon Selatan) 2015, bertolak dari Persatuan Orang Pekak Kedah pada pukul 1.30 petang dengan menggunakan 3 buah kereta. Kami sampai ke tempat program lebih kurang jam 2.45 petang. Sebahagian ajk memasang banner di hadapan masjid dan menyediakan tempat pendaftaran. Manakala sebahagian lagi menunaikan solat dan ajk bekerja secara bergilir-gilir.
Pendaftaran di buka pada pukul 3.30 petang. Peserta mula datang sedikit demi sedikit dan ajk serta staf Persatuan Orang Pekak Pulau Pinang (PDA) merupakan peserta terawal yang hadir ke program ini.
Ustaz Murtadha dari unit dakwah dan penerangan, pejabat Agama Daerah Kuala Muda memberikan ceramah yang bertajuk puasa yang diterima Allah dengan bantuan jurubahasa, Puan Asma Nurul Ain Bt Salim dari PDA. Slot ceramah dipendekkan kerana ustaz mempunyai ceramah di tempat yang lain pula. Semoga Allah mempertemukan kita lagi di masa yang akan datang.
Bagi memenuhi masa untuk slot ke 2, ajk menjemput setiausaha masjid ini, Tuan Haji Yusof untuk menjawab soalan-soalan berkaitan muslim sejati dari peserta. Dan ajk juga menjemput En. Wan Mohd Ali, setiausaha Kelab Islam Pulau Pinang untuk memberikan sedikit taklimat.
Pada masa yang sama, bagi orang pekak yang mahu membayar zakat dibawa kepada amil masjid bagi tujuan tersebut juga dengan bantuan jurubahasa.
Dari kanan : En. Muhammad Fazli Nozmi (Tim. Presiden KDA II), En. Wan Mohd Ali (Setiausaha KOPI PDA), Cikgu Haji Yusoff (Setiausaha Masjid), Tuan Haji Fadhil (Tim. Pengerusi Masjid), En. Mohayadin (Presiden KDA), En Azizi Ramli (Pengerusi Program) dan En Azlan (Setiausaha KDA)
Tepat pukul 6.30 petang, majlis perasmian pembukaan program Ihya Ramadan (Zon Selatan) 2015 dimulakan. Puan Azizah Bt Shaari membuka majlis dengan Ummul Kitab.
Jemputan persembahan dari Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani. Adik Ummi membaca surah Al-Fatihah dengan kaedah FAKEH dipimpin oleh Ustaz Zulkifli Bin Ahmad.
Persembahan nasyid bertajuk "puji-pujian" dipersembahkan oleh murid-murid masalah pendengaran dan masalah pembelajaran.
Pemberian saguhati kepada pihak Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani di atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Cendera kenangan diberikan kepada pihak Masjid Sultan Abdul Halim di atas sumbangan tempat dan makanan berbuka puasa. AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada ajk masjid dalam merealisasikan impian kami. Semoga Allah memberkati usaha kita semua.
5. PENUTUP
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam program ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga kerjasama yang diberikan ini, mampu mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga Allah memberkati program ini.
Sekian.
ADMIN