Puan Zarina bt Ahmad merupakan suri rumahtangga dan Encik Madatul Akma bin Jusoh merupakan pembantu tukang masak telah mengambil peluang ini mempelajari selok belok kulinari dalam pertandingan.
Semangat yang ditunjukkan oleh 2 peserta ini sangat mengkagumkan dimana mereka berani untuk mencuba dan menunjukkan usaha dalam memenangi pertandingan ini. Kehadiran mereka juga membuka mata orang awam tentang kewujudan Persatuan Orang Pekak Kedah.
Peserta kami memenangi hadiah saguhati dan sijil penyertaan. Hasil dari program ini, pihak KEMAS berminat untuk mengajak unit wanita Pekak Kedah menyertai program yang dianjurkan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment